Pembangunan CD-ROM interaktif aplikasi Microsoft Excel bagi pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Shah Alam

Kahar , Noorfadhilah (2004) Pembangunan CD-ROM interaktif aplikasi Microsoft Excel bagi pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1102Kb

Abstract

Perkembangan teknologi multimedia telah memberi satu alternatif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran masa kini. Selaras dengan itu kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap CD ROM Interaktif Aplikasi Microsoft Excel yang dibina bagi pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik Semester satu di Politeknik Shah Alam. Tiga aspek penting yang dinilai terhadap perisian yang dibangunkan ini adalah berkenaan isi kandungan perisian, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dan aspek memotivasikan pelajar. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik semester satu dipilih secara rawak untuk tujuan penilaian perisian yang dibangunkan. Maklumbalas diperolehi melalui soal selidik dan telah dianalisis secara statistik menggunakan peratusan, skor min, sisihan piawai dan cross tabulation dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap CD ROM Interaktif Aplikasi Microsoft Excel bagi ketiga-tiga aspek iaitu isi kandungan, strategi pengajaran dan pembelajaran dan motivasi. Ini menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah positif dan CD ROM interaktif ini dapat dijadikan alat bahan bantu mengajar bagi subjek Microsoft Excel. Perisian ini juga mampu dipertingkatkan lagi kecekapannya di masa hadapan melalui pembangunan perisian yang berasaskan web.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:879
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:11 Apr 2011 12:17
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page