Penerapan unsur-unsur patriotisme melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah politeknik

Md Yusof , Ramlah @ Ayu (2007) Penerapan unsur-unsur patriotisme melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1487Kb

Abstract

Semangat patriotisme menjadi asas kepada perpaduan kaum, pembinaan sahsiah manusia dan peningkatan semangat cintakan tanah air. Ia perlu dipertahankan dan dipupuk dengan apa jua cara khususnya menerusi sistem pendidikan formal mahupun tidak formal. Berasaskan kepada hakikat ini, maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan, kemampuan dan kesediaan pensyarah menerapkan unsur-unsur patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini dijalankan di dua buah politeknik iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, Perak dan Politeknik Merlimau (PMM), Melaka. Sampel kajian dipilih secara rawak berlapis yang terdiri daripada pensyarah kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Responden bagi kajian ini adalah seramai 169 orang pensyarah. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik yang dibina berasaskan objektif kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil analisis data ini dijelaskan secara deskriptif iaitu dalam bentuk skor min dan menggunakan ujian-t satu sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud keperluan, kemampuan dan kesediaan pensyarah untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan penerapan unsur-unsur patriotisme kepada pelajar serta kajian-kajian lanjutan yang boleh diteruskan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:880
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:11 Apr 2011 12:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page