Analisis penyerapan pembebanan serong terhadap tiub hibrid menggunakan kaedah unsur terhingga

Nezere, Norhafizan (2016) Analisis penyerapan pembebanan serong terhadap tiub hibrid menggunakan kaedah unsur terhingga. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1415Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prestasi penyerapan tenaga dan kelakuan laku penghancuran tiub hibrid yang dikenakan daya mampatan secara serong. Terdapat banyak kajian lepas yang membincangkan kelakuan tiub hibrid, walau bagaimana pun daya mampatan yang digunakan adalah secara paksian. Didapati juga kurang kajian yang dilakukan terhadap tiub hibrid secara mampatan serong. Oleh itu, kaedah simulasi berangka dijalankan dengan menggunakan perisian ANSYS LS-DYNA untuk mengkaji keadaan tersebut. Kajian ini dijalankan dengan mengenakan daya mampatan secara serong kuasi statik pada tiub hibrid dan elips. Tiub keluli dibina dengan menggunakan model unsur terhingga yang berketinggian 170 mm, 58 mm diameter dan berketebalan 1 mm. Tiub keluli tersebut kemudiannya dibalut dengan menggunakan komposit gentian kaca jenis E atau karbon dengan tiga lapisan. Dalam memudahkan proses renyukan, sentuhan automatik antara permukaan terhadap permukaan digunakan di antara permukaan tiub keluli dengan pemampat, sentuhan automatik permukaan sendiri pula digunakan di antara permukaan tiub keluli apabila berlaku runtuhan, sentuhan terhakis permukaan sendiri pula digunakan di antara balutan komposit dengan tiub, dan sentuhan tie breake pada permukaan sahaja digunakan di antara lapisan balutan komposit. Terdapat lima sudut mampatan serong yang digunakan iaitu 0o, 5o, 10o, 15o dan 20o. Untuk mengkaji kesan geometri elips terhadap keupayaan penyerapan tenaga, terdapat tujuh nisbah elips digunakan seperti 0.2, 0.5, 0.8, 1.0, 1.2, 1.5 dan 1.8. Kajian ini menekankan kepada kesan perubahan ketebalan lapisan, jenis komposit, dan sudut orientasi lapisan komposit terhadap penyerapan tenaga dan mekanisme runtuhan. Kajian ini menunjukkan tiub hidrid menghasilkan prestasi tenaga serapan yang lebih baik berbanding tiub keluli. Perubahan ketebalan lapisan komposit menunjukkan prestasi tenaga serapan semakin meningkat apabila ketebalan lapisan komposit meningkat iaitu sebanyak 13.7 % bagi setiap lapisan. Selain itu, kajian ini juga mendapati susunan lapisan komposit pada keadaan [+60o/-60o/+60o] menghasilkan prestasi tenaga serapan yang lebih baik berbanding susunan yang lain. Pada masa yang sama, komposit karbon menghasilkan prestasi tenaga serapan lebih tinggi berbanding dengan komposit e-kaca iaitu sebanyak 7.4 %. Manakala, peningkatan sudut serongan dan nisbah elips menunjukkan prestasi tenaga serapan yang rendah iaitu menurun 5 % bagi penambahan setiap sudut. Secara keseluruhannya, penggunaan tiub hibrid dan geometri yang berbentuk elips dapat meningkatkan prestasi tenaga serapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
ID Code:8816
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 Feb 2017 12:06
Last Modified:02 Feb 2017 12:06

Repository Staff Only: item control page