Kajian terhadap jenis dan format program latihan dalam program pembangunan profesionalisme di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hadi , Sapinah (2008) Kajian terhadap jenis dan format program latihan dalam program pembangunan profesionalisme di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2179Kb

Abstract

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memperuntukkan jumlah wang yang besar bagi setiap tahun menerusi Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) untuk menganjurkan Program Pembangunan Profesionalisme (PPP) kepada staf akademik untuk meningkatkan profesionalisme. Namun demikian,tidak semua program latihan yang dianjurkan dapat menarik minat staf akademik. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan format program latihan yang paling diminati oleh staf akademik dalam PPP di UTHM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian adalah terdiri daripada 176 staf akademik yang sedang berkhidmat. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan rawak berkumpulan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan terperinci berdasarkan kaedah analisis deskriptif dan inferensi iaitu menggunakan Ujian-T Tidak Bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Kemahiran Pengajaran dan pendekatan berbentuk Format Bengkel adalah yang paling diminati oleh staf akademik di UTHM. Di samping itu, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa tidak ada perbezaan statistik yang signifikan staf akademik berdasarkan jantina dan bidang pengajaran dari aspek jenis dan format program latihan yang paling diminati. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa minat staf akademik terhadap semua jenis dan format program latihan dalam PPP adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Oleh itu, hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat khususnya kepada PDP di UTHM.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:882
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:11 Apr 2011 12:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page