Penyediaan dan penilaian modul pelaksanaan pameran kejuruteraan elektrik

Tuan Mohd Yasin , Sharifah Nurulhuda (2003) Penyediaan dan penilaian modul pelaksanaan pameran kejuruteraan elektrik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
954Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu Modul Pelaksanaan Parneran Kejuruteraan Elektrik yang akan diguna pakai sebagai panduan dan rujukan ahli jawatankuasa program. Seterusnya modul ini akan di nilai daripada segi bentuk dan ciri modul yang bersesuaian dengan kehendak pengguna. Penilaian bentuk dan ciri modul adalah berdasarkan empat ciri iaitu penggunaan carta alir; lampiran contoh dan carta Gantt, penggunaan bahasa, isi kandungan modul dan keperluan modul. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah pengkajian secara tinjauan bersampel dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrurnen kajian. Seramai 59 orang yang tereliri daripada pelajar-pelajar Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang terlibat eli dalam program Kelab Kejuruteraan Elektrik di pilih secara rawak untuk bertindak sebagai responden kajian. Data-data kajian dianalisa dengan menggunakan program SP SS Versi 11.0 dan dianalisis dalam bentuk skor min dan peratusan. Keseluruhan hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan bentuk dan ciri yang digunakan di dalam Modul Pelaksanaan Pameran Kejuruteraan Elektrik. Ini adalah berdasarkan keseluruhan min bagi kesemua ciri yang dikaji iaitu penggunaan carta alir; lampiran contoh dan carta Gantt, penggunaan bahasa, isi kandungan modul dan keperluan modul adalah berada di tahap kesesuaian tinggi iaitu di dalamjulat antara 3.81 hingga 5.00.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:886
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:11 Apr 2011 12:42
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page