Pembangunan dan keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan dan kemahiran bagi projek mesin larik pelajar Politeknik

Rubani, Siti Nur Kamariah (2016) Pembangunan dan keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan dan kemahiran bagi projek mesin larik pelajar Politeknik. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI NUR KAMARIAH RUBANI.pdf

Download (805kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja bagi projek mesin larik pelajar politeknik. Reka bentuk kajian adalah gabungan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek manakala kaedah kuantitatif digunakan untuk menilai keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek. Proses pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah menggunakan model ADDIE. Pembangunan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah berdasarkan kepada perancahan berstruktur oleh Vygotsky (1978) dan kaedah pembelajaranberasaskan projek oleh Buck Institute for Education (2013). Hasil pemerhatian danmaklum balas penilaian pembangunan modul perancahan berstruktur dalampembelajaran berasaskan projek menunjukkan bahawa pelajar berupaya menghuraikan pengendalian mesin larik dengan tepat, dapat menghasilkan projek yang kemas dan mengikut spesifikasi, berupaya mencari jalan alternatif untuk menyelesaikan masalah dan berupaya merancang dan mengorganisasi kerja dengan baik. Penilaian secara statistik keberkesanan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek terhadap pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja adalah menggunakan kaedah multivariate analysis of covariance (MANCOVA). Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min kaedah perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek adalah paling tinggi bagi meningkatkan pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja mengatasi skor min kaedah pembelajaran berasaskan projek dan kaedah demonstrasi. Hasil dapatan data menerusi statistik MANCOVA menunjukkan bahawa nilai signifikan adalah kurang daripada .05 (p < .05). Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan modul perancahan berstruktur dalam pembelajaran berasaskan projek dapat menyokong pembelajaran pelajar dan meningkatkan pengetahuan pengendalian mesin larik, kemahiran teknikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran mengorganisasi kerja.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 06 Sep 2021 08:26
Last Modified: 06 Sep 2021 08:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/895

Actions (login required)

View Item View Item