Penghasilan modul e-pembelajaran : "Pembinaan Jalan Raya"

Othman, Asri (2003) Penghasilan modul e-pembelajaran : "Pembinaan Jalan Raya". Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1809Kb

Abstract

Terdapat kekurangan dari segi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) dan rujukan pengajian dibidang teknikal. Bahan pembelajaran elektronik telah mengambil tempat selaras dengan pekembangan komputer sekarang ini. Salah satu altenatif baru bahan pembelajaran ialah penggunaan Modul e-pembelajaran. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan bahan modul e-pembelajaran bagi topik Pembinaan Jalan Raya di dalam subjek Teknologi Pembinaan Jalan Raya. Modul e-Pembelajaran ditulis menggunakan "Microsoft Word" dan juga "Power Point". Daripada persembahan "Power Point" , nota-nota lengkap boleh diperolehi daripada "Microsoft Word" yang mana nota-nota telah di "Hyperlink" ke "Power Point". Setelah kesemua penulisan siap, fail-fail dimuatkan atau di "Burn" ke dalam cekera padat. Modul ini direkabentuk sedemikian supaya maklumat mudah dan lebih senang dibawa kemana-mana. Bahan e-pembelajaran ini telah dinilai dari segi tahap penerimaan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian adalah pelajar semester II Kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Hasil penilaian menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap modul ini adalah positif dimana purata keseluruhan skor min bagi setiap kriteria yang diuji adalah melebihi 4.00. Sebagai cadangan penambahbaikan dimasa akan datang, tambahan topik bagi modul e-pembelajaran yang dibangunkan perlu diperluaskan bagi memperolehi kesan yang lebih meluas.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements
ID Code:896
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:18 Apr 2011 14:32
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page