Tinjauan terhadap perlaksanaan penilaian berterusan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar menurut persepsi pensyarah dan pelajar semester 2, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson

Abas, Hafizah Rina (2002) Tinjauan terhadap perlaksanaan penilaian berterusan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar menurut persepsi pensyarah dan pelajar semester 2, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HAFIZAH RINA ABAS.pdf

Download (726kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HAFIZAH RINA ABAS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (331kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HAFIZAH RINA ABAS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (26MB) | Request a copy

Abstract

Dalam pendidikan, penilaian berterusan adalah satu usaha yang telah digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan proses mengukur dan membuat pertimbangan untuk menentukan tahap kefahaman, kemahiran dan kebolehan pelajar berdasarkan pada objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji ingin meninjau persepsi pensyarah dan pelajar dalam memahami penilaian berterusan dari aspek pengetahuan, perlaksanaan dan kesan-kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada Politeknik Port Dickson. Ia melibatkan 2 kumpulan sampel iaitu terdiri daripada 14 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan 38 orang pelajar Semester 2, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Datadata yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Melalui dapatan kajian yang didapati, kebanyakkan pelajar tidak memahami dengan jelas penilaian berterusan yang dilaksanakan dalam pendidikan. Pengkaji mengandaikan bahawa pelajar-pelajar masih belum didedahkan secara meluas mengenai penilaian berterusan. Namun yang demikian, perlaksanaan penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu dalam memahami dan melaksanakan penilaian berterusan ini dengan sistematik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 18 Jun 2023 01:37
Last Modified: 18 Jun 2023 01:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8965

Actions (login required)

View Item View Item