Persepsi pelajar tentang keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam amali Kejuruteraan Elektrik

Ahmad, Syahrul Nazar (2003) Persepsi pelajar tentang keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam amali Kejuruteraan Elektrik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1673Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amali kejuruteraan yang diamalkan di politeknik bagi subjek Praktikal Kejuruteraan Modul 1 (El003). Kebanyakkan teori pendidikan hanya menekankan kepada teori pembelajaran yang formal di dalam bilik daijah. Oleh itu tidak banyak yang kita tabu mengenai aktiviti pembelajaran pelajar melalui kaedah amali. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengetahui persepsi pelajar tentang perlaksanaan amali kejuruteraan bagi subjek ini. Seramai 119 orang pelajar semester satu telah dipilih sebagai responden kajian. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Analisis statistik diskriptif telah digunakan untuk menganalisis maklumat yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar untuk aktiviti amali yang disediakan hanya berada ditahap pertengahan. Pelajar telah menyatakan aktiviti amali yang dijalankan dapat mencapai objektif pembelajaran dan pensyarah didapati dapat memberikan penerangan dan penyeliaan yang baik semasa ujikaji dijalankan. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa latihan amali yang diberikan dapat membantu pemahaman teori pelajar tetapi pelajar tidak bersetuju bahawa ujikaji yang disediakan bersesuaian dengan tahap pemahaman mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:902
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:18 Apr 2011 17:03
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page