Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik: satu tinjauan ke atas pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO

Abdul Razak, Azizah (2002) Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik: satu tinjauan ke atas pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p AZIZAH ABDUL RAZAK.pdf

Download (905kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZIZAH ABDUL RAZAK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (334kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZIZAH ABDUL RAZAK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (18MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertajuk "Penglibatan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Dan Saijana Muda KUiTTHO". Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar serta mengukur persepsi mereka terhadap kegiatan kokurikulum. Sampel kajian ini adalah seramai 145 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Saijana Muda KUiTTHO. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan dua jenis instrumen iaitu soal selidik dan temubual untuk mengumpul data. Hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil daripada analisis tersebut mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik (indeks korelasi -0.412). Manakala bagi persepsi para pelajar ke atas kegiatan kokurikulum dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan dapatan menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas kegiatan kokurikulum. Kesemua analisis ini dilakukan dengan menggunakan 'Statistical Package For Social Science' (SPSS) versi 10.0 dan Microsoft Excel.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:07
Last Modified: 25 Jun 2023 07:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9036

Actions (login required)

View Item View Item