Aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi prosedur amali perkhidmatan bangunan (C434) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Yusof, Muhamad Sujairi (2004) Aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi prosedur amali perkhidmatan bangunan (C434) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MUHAMAD SUJAIRI YUSOF.pdf

Download (5MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMAD SUJAIRI YUSOF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (329kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMAD SUJAIRI YUSOF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Satu kajian telah dilakukan untuk membangunkan laman web amali Perkhidmatan Bangunan dalam usaha mempelbagaikan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, P&P. Melalui kaedah temubual pada peringkat awal kajian, didapati bahawa sebilangan pelajar tidak berketrampilan dan berkeyakinan menjalankan amali Perkhidmatan Bangunan berdasarkan prosedur yang sedia ada. Sehubungan dengan itu pelajar masih mengharapkan tunjuk ajar daripada pendidik sebagai panduan. Justeru itu, pengkaji berusaha menukarkan corak P&P yang berpusatkan pendidik kepada lebih berpusatkan pelajar sendiri dengan pengaplikasian laman web amali Perkhidmatan Bangunan yang menggabungkan elemen-elemen multimedia sebagai satu alternatif baru. Soal selidik telah digunakan bagi menilai laman web yang telah dibangunkan itu. Sekumpulan pelajar semester enam Diploma Perkhidmatan Bangunan (POLIMAS) yang telah mengambil amali Perkhidmatan Bangunan dipilih sebagai responden.kajian seramai 28 orang pelajar lelaki dan 18 pelajar wanita. Penilaian adalah berdasarkan kepada persepsi responden terhadap tiga faktor iaitu isi kandungan; mesra pengguna dan unsur motivasi bagi laman web yang di bangunkaiL Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa data-data kajian dan faktor-faktor tersebut diinterpretasikan berdasarkan nilai min. Hasilan kajian ini mendapati bahawa laman web dapat diaplikasikan dalam P&P amali Perkhidmatan Bangunan dan dicadangkan pakej pembelajaran ini dimuatkan secara on-line pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 25 Jun 2023 07:07
Last Modified: 25 Jun 2023 07:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9042

Actions (login required)

View Item View Item