Potensi pelaksanaan pendekatan Building Information Modeling (BIM) dalam praktis pengurusan fasiliti

Abdullah, Saiful Asmawi (2016) Potensi pelaksanaan pendekatan Building Information Modeling (BIM) dalam praktis pengurusan fasiliti. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
420Kb

Abstract

Pengurusan Fasiliti merupakan sektor perkhidmatan pelbagai disiplin yang mempunyai integrasi antara manusia, premis, proses dan teknologi. Dari aspek sesebuah bangunan, satu sistem Pengurusan Fasiliti yang bersepadu dan menyeluruh harus dijanakan dalam memastikan pengoperasian, penyelenggaran dan kitaran hayat bangunan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Building Information Modelling (BIM) telah dikenal pasti sebagai satu mekanisme yang dapat membantu sistem Pengurusan Fasiliti dan mampu menawarkan satu standard platform sistem yang lebih tinggi kefungsian dalam menguruskan sesebuah bangunan. Namun, senario pembangunan BIM dalam industri Pengurusan Fasiliti di Malaysia masih lagi rendah disebabkan industri tersebut masih lagi perlahan untuk melibatkan diri dengan teknologi tersebut. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada persoalan-persoalan mengenai kefahaman tentang BIM dan kepentingan pelaksanaannya dalam praktis Pengurusan Fasiliti, tahap kesediaan pihak Pengurusan Fasiliti mengaplikasikan BIM serta cadangan pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Jenis kajian kualitatif telah dipilih dalam kajian ini dengan melaksanakan kaedah temubual separa struktur (Semi-structured Interview) ke atas 10 orang yang terlibat dalam kerja-kerja Pengurusan Fasiliti di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman setiap responden mengenai BIM adalah berbeza namun bersetuju menyatakan kepentingan utamanya dalam Pengurusan Fasiliti adalah sebagai tempat penyimpanan maklumat. Namun pihak-pihak Pengurusan Fasiliti masih kurang bersedia untuk mengaplikasikan BIM di Malaysia kerana terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi. Dengan itu, satu rangka kerja langkah-langkah pelaksanaan BIM dalam praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia telah dibentuk. Melalui rangka kerja ini, golongan-golongan praktis Pengurusan Fasiliti di Malaysia dapat mengetahui apa yang diperlukan untuk mengadaptasi BIM ke dalam Pengurusan Fasiliti dan seterusnya meningkatkan kualiti sistem Pengurusan Fasiliti yang sedia ada.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
ID Code:9057
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:17 Apr 2017 17:01
Last Modified:17 Apr 2017 17:01

Repository Staff Only: item control page