Amalan dan penggunaan herba dalam perubatan tradisional melayu selepas bersalin di Zon Tengah, Semenanjung Malaysia

Akhiar, Siti Khairul Bariyyah (2016) Amalan dan penggunaan herba dalam perubatan tradisional melayu selepas bersalin di Zon Tengah, Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1590Kb

Abstract

Pembangunan tanpa mengambil kira pemeliharaan dan pemuliharaan pengetahuan tradisional Melayu boleh mengakibatkan bangsa Melayu kehilangan identiti.Kajian ini telah dilakukan untuk mendokumenkan amalan-amalan; mengumpul tumbuhan ubatan, mengenalpasti dan menyenaraikan tumbuhan ubatanserta mendokumenkan kaedah penggunaan tumbuhan ubatan dalam rawatan dan penjagaan tradisional Melayu selepas bersalin; serta mengumpul dan menganalisis maklumat bioaktiviti tumbuhan ubatan tersebut melalui carian atas talian. Kajian melibatkan dua fasa; (i) tinjauan temubual bersemuka ke atas 30 orang bidan kampung dan (ii) carian atas talian. Julat umur bagi tiga puluh orang responden ini di antara 49 hingga 85 tahun (purata 64 tahun). Manakala, pengalaman perbidanan responden berjulat antara 5 hingga 54 tahun (mod 15-19 tahun). Sebahagian besar (36%) tamat sekolah rendah. Daripada temubual, terdapat 14 amalan dalam perbidanan Melayu dan ini telah didokumenkan. Amalan yang lazim dilakukan oleh lebih dari 70% responden ialah berurut, berbengkung, memakai pilis dan param. Analisis merekodkan 80 spesies daripada 37 famili tumbuhan digunakan dalam rawatan. Daripada kajian literatur atas talian, tumbuhan ubatan 41 bioaktiviti yang bertindak seperti anti mikrobial, anti oksidan, anti radang, aktiviti mengawal kesakitan dan penyembuhan luka telah dikenalpasti. Data literatur atas talian ini menyediakan bukti saintifik keberkesanan tumbuhan ubatan yang digunakan dalam amalan perbidanan Melayu. Secara keseluruhannya, perbidanan Melayu selepas bersalin merupakan usaha holistik ke arah kesihatan dan kesejahteraan ibu. Ia terdiri daripada empat aspek utama; amalan, penggunaan herba, penjagaan pemakanan dan penjagaan perilaku. Oleh itu, pendokumentasian perbidanan Melayu ini dapat mengekalkan budaya dan identiti bangsa Melayu; serta membuktikan secara saintifik kepentingan dan nilai tumbuhan ubatan. Ia juga menyedarkan keperluan memelihara dan memulihara biodiversiti negara kita yang kaya dengan tumbuhan ubatan yang berpotensi untuk diiktiraf diperingkat antarabangsa dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
ID Code:9071
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:09 May 2017 15:34
Last Modified:09 May 2017 15:34

Repository Staff Only: item control page