Ramalan prestasi kerja pelajar berdasarkan AQ dan minat kerjaya

Mat Nawi, Nur Farhana (2016) Ramalan prestasi kerja pelajar berdasarkan AQ dan minat kerjaya. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
566Kb

Abstract

Prestasi kerja setiap individu dapat diramal menerusi peribadi yang ditonjolkan. Berupaya dalam meramal prestasi kerja sangat memberi faedah dari segala perspektif. Menerusi kajian ini, prestasi kerja pelajar diukur menerusi aspek akademik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap Advesity Quotient (AQ) menerusi model The CORE, dominan minat kerjaya oleh teori Holland (RIASEK), tahap prestasi kerja berdasarkan tiga kriteria iaitu nilai-nilai kualiti, akauntibiliti dan pengurusan masa. Seterusnya, model ramalan prestasi kerja berdasarkan tahap Adversity Quotient (AQ) dan minat kerjaya dibangunkan. Seramai 370 orang pelajar Sarjana Muda dari lapan fakulti di Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih menjadi responden kajian menerusi persampelan strata. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik AQ-Related Personality Traits (ARP) Stoltz, Inventori Self-Directed Search Form Easy (SDSS) Holland dan borang soal selidik Prestasi Kerja. Data dianalisis dengan menggunakan jumlah, min, kekerapan, peratusan dan Ujian Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden berada di tahap AQ yang tinggi dengan kekerapan berjumlah 227 pelajar, dominan minat kerjaya pelajar yang mendapat skor min tertinggi (0.63) adalah personaliti Sosial, manakala prestasi kerja pelajar berada pada tahap yang tinggi. Ujian Regresi Berganda menunjukkan bahawa model ramalan prestasi pelajar yang dibangunkan adalah signifikan ( p < 0.05, Adjusted R Square = 0.133) melalui pembolehubah Adversity Quotient (AQ) serta dua jenis personaliti minat kerjaya (Sosial dan Entreprenuer) iaitu PK = 35.21 + 7.28 (S) + 3.98 (E) + 0.11 (AQ). Model ini diharap dapat diaplikasikan kepada pelajar Sarjana Muda UTHM bagi meramal prestasi kerja kelak berdasarkan skor AQ, Sosial dan Entrepeneur.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:9078
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:19 Apr 2017 16:35
Last Modified:19 Apr 2017 16:35

Repository Staff Only: item control page