Kajian kaedah pengajaran & pembelajaran melalui teknologi maklumat & multimedia (kes meninjau tahap penguasaan pensyarah dan penerimaan pelajar di Politeknik Shah Alam)

Mohd @ Basri, Masreta (2001) Kajian kaedah pengajaran & pembelajaran melalui teknologi maklumat & multimedia (kes meninjau tahap penguasaan pensyarah dan penerimaan pelajar di Politeknik Shah Alam). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
4Mb

Abstract

Tujuan kajian kes ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan pensyarah dan penerimaan pelajar Politeknik Shah Alam khususnya mengenai sistem pangajaran dan pembelajaran melalui Teknologi Maklumat dan Multimedia. Pensyarah politeknik yang mempunyai kesedaran mengenai kepentingan IT dan Multimedia dalam mendapatkan perhatian para pelajar dan juga sebagai agen penggalak yang dapat merangsang pembelajaran. Keupayaan seseorang pelajar bukan hanya didapati dari politeknik sahaja bahkan diperolehi dari sumber-sumber lain. Penggunaan visual boleh membantu memahami konsep abstrak. Kemahiran dalam menggunakan serta menghasilkan nota dalam berrtuk CD boleh menyelesaikan masalah bebanan nota yang terlalu banyak serta pelbagai lagi penyelesaian pengurusan bahan-bahan rujukan. Seramai 80 orang pensyarah PSA dipilih secara rawak yang terdapat di empat buah Jabatan Induk. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis tahap penguasaan dan jug& penerimaan pelajar di PSA. Hasil kajian yang didapati para pensyarah PSA memang menyambut baik kedatangan era Teknologi Maklumat dan Multimedia walau bagaimanapun permasalahan dalam mengemaskini nota-nota masih belum boleh dilaksanakan kerana tiada pensyarah mahir dalam perisian untuk menghasilkan sebuah CD subjek contohnya. Para pelajar PSA adalah menunjukkan sikap positif tetapi masih memerlukan bantuan pensyarah kelas.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:911
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 10:04
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page