Amalan pembelajaran teradun pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Md Yazid, Nur Atiqah (2016) Amalan pembelajaran teradun pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2296Kb

Abstract

Bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21, penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan telah digunakan secara meluas disemua peringkat pendidikan. Evolusi teknologi telah membawa kepada pelaksanaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka. Sehubungan itu, gabungan pembelajaran e-pembelajaran dan pembelajaran bersemuka dikenali sebagai Pembelajaran Teradun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap amalan pembelajaran teradun yang diamalkan oleh pensyarah-pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor terhadap aspek budaya pemikiran, aspek penggunaan teknologi – BYOD (Bring Your Own Device) dan aspek kemahiran literasi digital. Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Seramai 295 orang pensyarah yang terdiri daripada semua jabatan pengajian yang terdapat di PSA telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian dan instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages of Social Sciences 20.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi mengetahui tahap amalan pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun. Manakala bagi menganalisis perbezaan terhadap amalan pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran teradun mengikut jabatan pengajian, pengkaji menggunakan ujian ANOVA satu hala. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap amalan di antara semua jabatan pengajian dan hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran teradun yang diamalkan oleh pensyarah di PSA berada ditahap yang sederhana.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Amalan; pembelajaran teradun; budaya pemikiran; BYOD; kemahiran literasi digital
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9110
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:09 May 2017 15:33
Last Modified:09 May 2017 15:33

Repository Staff Only: item control page