Perbandingan gaya pembelajaran kinestatik terhadap pelajar kejuruteraan di Politeknik Kuching: satu tinjauan

Edni, Ermizam (2003) Perbandingan gaya pembelajaran kinestatik terhadap pelajar kejuruteraan di Politeknik Kuching: satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ERMIZAM EDNI.pdf

Download (660kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ERMIZAM EDNI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (261kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ERMIZAM EDNI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (35MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menumpukan tinjauan kepada kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik pelajar-pelajar diploma kejuruteraan semester enam dan satu di Politeknik Kuching, Sarawak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelaziman gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar kejuruteraan dan melihat perbezaan gaya pembelajaran kinestatik berdasarkan kursus, semester dan jantina. Keseluruhan pelajar adalah seramai 181 orang iaitu merupakan sampel kepada kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah kaedah borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (S.P.S.S) versi 11.0 bagi mendapatkan korelasi dan nilai-t selain daripada jumlah peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal,- A w a m dan Elektrik memperlihatkan kecenderungan yang signifikan di dalam gaya pembelajaran kinestatik tidak mengira perbezaan dari segi kursus kejuruteraan dan semester. Walaubagaimanapun dapatan kajian tidak menunjukkan faktor jantina sebagai mempengaruhi kecenderungan gaya pembelajaran kinestatik di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan. Justeru itu adalah menjadi harapan pengkaji agar gaya pembelajaran kinestatik ini dapat diimplementasikan bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar kejuruteraan malah usaha pemadanan juga boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah-pensyarah di seluruh jabatan kejuruteraan Politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2023 02:37
Last Modified: 03 Jul 2023 02:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9115

Actions (login required)

View Item View Item