Laman web pembelajaran elektronik ii: pembangunan dan aplikasi strategi pembelajaran

Zaini, Mohd Zuhaidir (2003) Laman web pembelajaran elektronik ii: pembangunan dan aplikasi strategi pembelajaran. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD ZUHAIDIR ZAINI.pdf

Download (629kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD ZUHAIDIR ZAINI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (286kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD ZUHAIDIR ZAINI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kecenderungan strategi pembelajaran pelajar dalam pembelajaran menerusi laman web yang dibangunkan. Kajian ini melibatkan penghasilan laman web pembelajaran bagi subjek Elektronik II, Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian laman web tersebut digunakan untuk menilai kecenderungan strategi pembelajaran pelajar semasa menggunakannya. Beberapa orang responden telah dipilih bagi menguji dan mengenal pasti kecenderungan strategi pembelajaran pelajar semasa menggunakan laman web tersebut. Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Seberang Perai. Seramai 36 orang dipilih secara rawak mewakili populasi sebanyak 88 orang pelajar yang sedang mengambil subjek Elektronik H Kajian direka bentuk menggunakan pendekatan secara tinjauan dan pengumpulan data melalui instrumentasi soal selidik. Penganalisaan data menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11. Data dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan peratusan dan juga min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih cenderung untuk menggunakan strategi pembelajaran aktif semasa melayari laman web yang telah dibangunkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2023 08:12
Last Modified: 03 Jul 2023 08:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9136

Actions (login required)

View Item View Item