Persepsi industri hospitaliti terhadap graduan kurang upaya (OKU) bermasalah pendengaran

Mohd Bohari, Normila (2016) Persepsi industri hospitaliti terhadap graduan kurang upaya (OKU) bermasalah pendengaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
10Mb

Abstract

Hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor pelancongan penyumbang terbesar kepada pendapatan KDNK negara akan menjadi kenyataan jika isu pengangguran ke atas Orang Kurang Upaya dapat diatasi. Peluang pekerjaan yang diperuntukkan sebanyak 5.8% kepada setiap sektor di industri akan mampu diisi oleh mereka yang telah menerima latihan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, sekaligus isu mengenai pengangguran dapat diatasi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi industri hospitaliti terhadap graduan kurang upaya bermasalah pendengaran daripada aspek tahap penerimaan, cabaran yang dihadapi oleh industri dan kemahiran yang diperlukan oleh industri terhadap graduan kurang upaya. Kajian ini melibatkan 96 orang pengurus, penyelia dan lain-lain jawatan yang berada bersama dengan graduan kurang upaya ini. Hasil dapatan telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan, kekerapan dan purata skor min. Analisis dapatan menunjukkan tahap penerimaan industri berada pada tahap sederhana (M=3.10). Di antara cabaran yang paling ketara dihadapi oleh industri ialah komunikasi, sikap dan keselamatan. Dapatan ini juga disokong dengan dapatan temubual yang telah dijalankan. Manakala dalam aspek kemahiran, industri amat memerlukan kemahiran kebolehkerjaan dalam aspek komunikasi, penggunaan alat teknologi, penyelesaian masalah dan bekerja dalam pasukan. Secara keseluruhannya penerimaan majikan adalah baik dan majikan masih belum dapat menerima graduan ini sepenuhnya disebabkan beberapa cabaran yang masih belum dapat diatasi serta penguasaan kemahiran kebolehkerjaan oleh golongan ini. Oleh yang demikian kajian ini dapat merumuskan bahawa graduan masih perlu meningkatkan kemahiran di dalam diri agar boleh diterima oleh mana-mana majikan dalam industri hospitaliti dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan kurang upaya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:9141
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:24 May 2017 15:56
Last Modified:24 May 2017 15:56

Repository Staff Only: item control page