Hubungan emosi malu dan penglibatan murid prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas

Masduki, Masadliahani (2016) Hubungan emosi malu dan penglibatan murid prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

This is the latest version of this item.

[img]
Preview
PDF
1224Kb

Abstract

Tujuan Pendidikan Awal adalah untuk memperkembangkan potensi dan melahirkan murid yang berkemahiran. Namun, terdapat segelintir murid mempunyai masalah emosi maluyang memberi kesan terhadap perkembangan kemahiran mereka. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan emosi maludan penglibatan murid prasekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada 118 murid Prasekolah Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) daerah Segamat yang pemalu di mana murid yang terlibat diwakili oleh guru kelas mereka untuk membuat penilaian. Terdapat dua fasa kajian sebenar di mana fasa pertama bertujuan mendapatkan populasi murid ‘pemalu’ tanpa melabel dan fasa kedua melibatkan pengedaran borang soal selidik yang sebenar. Data yang diperolehi dimasukkan ke dalam perisian SPSS versi 22.0 dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap malu murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas ditahap yang tinggi sementara penglibatan murid pula adalah rendah. Tidak terdapat perbezaan tahap malu yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan, tetapi terdapat hubungan negatif yang kuat di antara tahap malu dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas. Dapatan kajian ini berguna kepada guru-guru serta pentadbir sekolah untuk merancang strategi bagi mengatasi sifat malu dan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
ID Code:9143
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:05 Jun 2017 08:56
Last Modified:05 Jun 2017 08:56

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page