Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah negeri Johor

Dagang, Mohd Yusoff (2016) Amalan kreativiti pengajaran guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah negeri Johor. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
666Kb

Abstract

Kajian dijalankan berkaitan amalan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam sekolahsekolah menengah Negeri Johor. Ianya bertujuan mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kreativiti, tahap kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam dan pengajaran dominan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kaedah kajian secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dengan dua bentuk kaedah. Pertama, soal selidik ditadbir oleh responden dan kedua tinjauan pengajaran guru menggunakan instrumen soal selidik yang berjustifikasi jawapan terhadap 31 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di Tingkatan Dua sebanyak tiga kali seorang. Pembinaan instrumen dan kajian rintis telah mendapat pengesahan pakar untuk kesahan dan kebolehpercayaan item. Data diperolehi serta dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 20.0. Hasil kajian mendapati guru Pendidikan Islam mempunyai tahap kefahaman kreativiti dan tahap kreativiti pengajaran yang sederhana baik dari segi praktikal dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini menghasilkan satu model kreativiti pengajaran guru Pendidikan Islam untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:9152
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:05 Jun 2017 08:48
Last Modified:05 Jun 2017 08:48

Repository Staff Only: item control page