Kemahiran kebolehkerjaan pelajar SMPK Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran

Izam, Saslizawati (2016) Kemahiran kebolehkerjaan pelajar SMPK Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
11Mb

Abstract

Pengangguran dalam kalangan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dilihat semakin meruncing di Malaysia. Kemahiran kebolehkerjaan mereka sering dipertikai oleh segenap lapisan masyarakat dan dianggap tidak dapat bekerja dengan efisien. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran kebolehkerjaan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini melibatkan 60 orang pelajar tahun 2 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura bermasalah pembelajaran. Satu set soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada Secretary's Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) bagi mengkaji kemahiran kebolehkerjaan dan The General Self-Efficacy Scale (GSE) bagi mengkaji efikasi kendiri telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Analisis statistik data yang diperoleh melibatkan frekuensi, skor min, sisihan piawai, peratus, ujian T, ANOVA sehala dan korelasi Pearson menggunakan Statistical Package for Social Science Version 19.0(SPSS 19). Hasil kajian menunjukkan kemahiran kebolehkerjaan dan efikasi kendiri pelajar pada tahap sederhana. Terdapat perbezaan kemahiran kebolehkerjaan pelajar dari segi kursus yang diikuti. Namun, tidak terdapat perbezaan kemahiran kebolehkerjaan pelajar dari segi tempoh transisi kerjaya. Kajian ini mengenal pasti bahawa wujud hubungan positif yang kuat antara efikasi kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan pelajar. Kesimpulannya, pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran perlu meningkatkan kemahiran kebolehkerjaan dengan melibatkan diri secara berterusan dalam program-program keusahawanan, kemasyarakatan, kursus-kursus peningkatan kualiti diri serta menjalani praktikal di agensi-agensi berkaitan bagi melahirkan individu yang berguna, berdaya saing dan mampu menabur bakti kepada negara.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:9174
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:17 Jul 2017 11:39
Last Modified:17 Jul 2017 11:39

Repository Staff Only: item control page