Kesan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam subjek reka bentuk dan teknologi

Abu Yazid, Fakhrurrazy (2016) Kesan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam subjek reka bentuk dan teknologi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
10Mb

Abstract

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu buku teks, modul pengajaran dan gabungan buku teks dan modul pengajaran terhadap tahap penguasaan topik Reka bentuk di dalam subjek Reka bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 4. Reka bentuk kuasi eksperimen diguna dalam kajian ini. Data pencapaian murid tajuk Reka bentuk diukur melalui perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik yang terlibat ialah analisis deskriptif, Ujian T Pengukuran Berulang dan Ujian ANOVA Sehala. Seramai. Seramai 51 orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik telah dipilih menjadi sampel kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang signifikan bagi ketiga-tiga pendekatan yang digunakan terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam ujian Reka bentuk bagi RBT tahun 4. Ujian T Pengukuran Berulang menunjukkan nilai signifikan (p<0.05) bagi pendekatan penggunaan Buku Teks RBT KSSR Tahun 4. Penggunaan Modul Pengajaran RBT Tahun 4 menunjukkan signifikan (p<0.05). Manakala pengunaan gabungan buku teks dan modul pengajaran juga menunjukkan kesan yang signifikan (p<0.05) terhadap pencapaian murid tahun 4 dalam ujian Reka bentuk bagi subjek RBT. Melalui Ujian ANOVA Sehala pula didapati terdapat perbezaan pencapaian murid tahun 4 yang signifikan (p<0.05) terhadap ketiga-tiga pendekatan yang digunakan. Melalui Ujian Post Hoc didapati bahawa penggunaan Modul Pengajaran RBT Tahun 4 merupakan pendekatan yang terbaik di antara ketiga-tiga pendekatan yang digunakan. Ini membuktikan bahawa penggunaan Modul Pengajaran RBT Tahun 4 merupakan merupakan salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan harus diberi perhatian yang sewajarnya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:9176
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:17 Jul 2017 11:39
Last Modified:17 Jul 2017 11:39

Repository Staff Only: item control page