Amalan komunikasi berkesan di kalangan usahawan tempatan

Zainal , Rina Ilyana (2004) Amalan komunikasi berkesan di kalangan usahawan tempatan. Masters thesis, Kolej Universiti teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1271Kb

Abstract

Kaiian ini adalah mengenai komunikasi berkesan di kalangan usahawan di kawasan pusat perniagaan (CBD) Taman Universiti, Skudai, lohor. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau amalan komunikasi yang berkesan di kalangan usahawan tempatan. Data utama kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 181 orang responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah. Namun begitu, hanya 152 orang sahaja yang memberikan maklumbalas. Data-data yang telah dikumpulkan kemudiannya dianalisa dengan menggunakan program Statistical Packagefor Social Science (SPSS) versi 11. Selain daripada itu, kajian inijuga turnt menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian untuk menyokong dan memperkukuhkan lagi dapatan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa golongan usahawan mengamalkan amalan komunikasi menyangga yang tinggi dalam menguruskan perniagaan mereka. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan saluran komunikasi tidak formal berbanding saluran komunikasi formal dalam menguruskan aktiviti perniagaan. Media massa pula dipilih sebagai sumber maklumat yang utama untuk mendapatkan maklumat-maklumat semasa tentang perniagaan. Berdasarkan penemuan kajian ini, adalah dicadangkan supaya golongan usahawan memberikan penekanan kepada aspek penyaluran maklumat yang berkualiti serta membina hubungan dua hula dalam proses komunikasi. Maklumbalas yang lebih kerap juga perlu dijadikan sebagai satu ama1an. Dengan adanya maklumbalas, ia akan dapat membantu pembentukan proses komunikasi yang berkesan di persekitaran tempat kerja serta menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti dan keuntungan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:919
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 09:59
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page