Penilaian pelaksanaan pentaksiran kompetensi pensijilan modular (PKPM) di sekolah menengah vokasional

Ibrahim Mukhtar, Marina (2016) Penilaian pelaksanaan pentaksiran kompetensi pensijilan modular (PKPM) di sekolah menengah vokasional. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
576Kb

Abstract

Pentaksiran Kompetensi Pensijilan Modular (PKPM) telah diperkenalkan dalam mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) di sekolah Menengah Vokasional (SMV) berikutan reformasi dalam pentaksiran yang menekankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Melihat kepada perkembangan ini, penilaian terhadap pelaksanaan PKPM wajar dinilai berikutan perubahan pentaksiran yang terlalu berorientasikan peperiksaan kepada PBS. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan PKPM yang telah dijalankan di SMV. Penilaian dalam kajian ini menggunakan model penilaian program Pusat Kajian Penilaian, Universiti of California Los Angeles (UCLA), di mana penilaian akan tertumpu kepada empat komponen dalam model UCLA yang merangkumi komponen persekitaran, perancangan, implementasi dan pengiktirafan. Bilangan responden kajian terdiri daripada 554 orang guru vokasional yang terlibat dalam pelaksanaan PKPM di 20 buah SMV di Semenanjung Malaysia. Kaedah pemilihan sampel kajian adalah secara persampelan rawak berstrata. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Manakala, kaedah temubual telah dijalankan setelah menganalisis data kuantitatif untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan fenomena sebenar yang dikaji. Seramai 6 orang guru vokasional ditemubual secara bersemuka dan 30 orang pelajar ditemubual secara kumpulan fokus. Penganalisisan data menjurus kepada penghuraian secara deskriptif dan inferensi bagi menjawab semua persoalan kajian. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Manakala data kualitatif disusun menggunakan perisian ATLAS ti. Dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan PKPM secara keseluruhannya adalah baik (tinggi). Walaupun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti untuk penambahbaikan terutama dalam aspek peralatan, latihan dan kursus, dan sistem pemantauan daripada pihak bertanggungjawab. Analisis multivariate satu hala (MANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dimensi-dimensi dalam komponen perancangan iaitu (pengetahuan, kemahiran dan sikap guru) berdasarkan kehadiran guru dalam latihan yang berkaitan dengan pelaksanaan PKPM. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan pengaruh dimensi sikap guru, kemudahan infrastruktur dan pengetahuan guru dalam komponen perancangan merupakan varian yang signifikan yang menjadi peramal terhadap penilaian komponen implementasi. Manakala, pengaruh dimensi dalam komponen implementasi iaitu (proses pentaksiran, proses penskoran dan penyimpanan eviden) merupakan varian yang signifikan yang menjadi peramal terhadap penilaian komponen pengiktirafan. Usaha penambahbaikan yang berterusan perlu diberi perhatian dan dilakukan dari masa ke semasa terutamanya dalam transformasi Kolej Vokasional. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pelaksanaan pentaksiran khususnya dalam bidang pendidikan vokasional.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:9194
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:27 Jul 2017 14:27
Last Modified:27 Jul 2017 14:27

Repository Staff Only: item control page