Penerimaan e-buku agama sebagai medium dakwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hamzah, Nurhafiza (2016) Penerimaan e-buku agama sebagai medium dakwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1086Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah untuk mengenal pasti faktorfaktor penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pensyarah dan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Antara objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep wasilah dakwah bil kitabah sebagai salah satu medium dakwah yang berkesan, tahap penerimaan terhadap penerbitan ebuku agama, hubungan antara faktor yang mempengaruhi penerimaan penerbitan ebuku agama dan faktor-faktor dominan yang mempengaruhinya. Kajian ini berbentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Teknik pensampelan yang digunakan adalah teknik persampelan bukan rawak iaitu teknik persampelan mudah dan teknik persampelan bertujuan (Purposive Sampling). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan keputusan analisis berbentuk deskriptif peratusan, korelasi dan regresi berganda. Daripada 492 responden dalam kalangan pelajar dan 143 responden dalam kalangan pensyarah, dapatan kajian menunjukkan bahawa 75 peratus pelajar menerima e-buku agama sebagai salah satu medium dakwah. Manakala peratusan dalam kalangan pensyarah mencatatkan 73 peratus. Faktor penerimaan yang dikaji adalah kemudahan infrastruktur dalam kampus, kemudahan pelbagai penggunaan alat komunikasi atau gajet, koleksi sumber portal e-buku agama luar kampus, kelebihan e-buku dalam menarik minat membaca bidang agama serta penerbitan elektronik dan perkembangan dakwah. Analisis korelasi menunjukkan kesemua faktor yang dikaji mempunyai hubungan sederhana dan terdapat faktor yang dominan mempengaruhi penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
ID Code:9205
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:06 Aug 2017 08:32
Last Modified:06 Aug 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page