Penglibatan ibubapa sebagai pengurus komite sekolah terhadap kualiti pendidikan

Hood, Hardi Selamat (2016) Penglibatan ibubapa sebagai pengurus komite sekolah terhadap kualiti pendidikan. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1180Kb

Abstract

Komite Sekolah merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibubapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Untuk itu perlu diketahui adakah Komite Sekolah telah menjalankan peranannya yang dapat memberi sumbangan terhadap pencapaian kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah yakni sebagai pemberi nasihat (advisory), pemberi sokongan (supporting), sebagai pengawal (controlling), dan sebagai pengantara (mediator) yang berkaitan terhadap kualiti input, kualiti proses dan kualiti output. Juga untuk mengenal pasti perbezaan yang disebabkan oleh lokasi Sekolah Menengah Atas (SMA) yang berada di bandar di luar bandar dan mengenal pasti “kerangka model” penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah. Kajian ini dijalankan melalui dua fasa iaitu kajian kuantitatif fasa pertama dan kemudian fasa kedua dengan kajian kualitatif. Sampel kajian melibatkan 19 Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau Indonesia, yang terdiri daripada 138 orang sampel kuantitatif dan sebanyak 5 orang informan sampel kualitatif bagi mendalami hasil kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan Model SEM (PLS) untuk menganalisis data kuantitatif dan melalui kaedah triangulasi untuk kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam menjalankan peranannya tidak banyak pengaruhnya secara signifikan terhadap kualiti pendidikan. Secara keseluruhan Komite Sekolah di Bandar adalah lebih baik dari di luar bandar. Kajian ini menghasilkan satu model penglibatan Komite sekolah yang menekankan peranan Komite sekolah sebagai rakan kongsi sekolah dengan semua pihak yang disebut Perkongsian Bersepadu (Integrated Partnership). Model ini dapat dijadikan cadangan kajian yang akan datang untuk melihat konsep perkongsian tersebut dengan lebih terperinci.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
ID Code:9221
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:02 Aug 2017 16:46
Last Modified:02 Aug 2017 16:46

Repository Staff Only: item control page