Pembangunan kerangka konsep modal insan holistik berciri keusahawanan

Mohamad, Nurul Haerani (2020) Pembangunan kerangka konsep modal insan holistik berciri keusahawanan. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURUL HAERANI MOHAMAD.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL HAERANI MOHAMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL HAERANI MOHAMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Bidang keusahawanan dilihat sebagai satu kerjaya yang berpotensi untuk mengatasi masalah pengangguran. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkepentingan menerusi lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM-PT) serta kelangsungan daripada perlaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2016-2020, pembangunan modal insan yang holistik dan berciri keusahawanan menjadi tunjang dalam melahirkan graduan usahawan yang disasarkan. Namun, berdasarkan pencapaian semasa, perkara ini agak sukar dilaksanakan kerana keinginan pelajar dalam keusahawanan kurang memberangsangkan terutamanya siswazah dalam aliran teknikal. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan Kerangka Konsep Modal Insan Holistik-Entrepreneur (MIH-ent) bagi panduan tenaga pengajar kokurikulum di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia sebagai salah satu usaha meningkatkan keinginan keusahawanan pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah Exploratory Sequential Mix-Method dengan melibatkan tiga fasa kajian. Fasa pertama, pemerolehan data secara kualitatif berkaitan dengan pembangunan modal insan holistik berciri keusahawanan berdasarkan atribut-atribut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Menerusi fasa kedua pula, penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibangunkan bagi memperoleh data kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 172 orang tenaga pengajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dan dapatan kajian kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Winsteps V3.69.1.11. Manakala dalam fasa terakhir adalah merupakan peringkat menguji dan mengesahkan Kerangka Konsep MIH-ent yang telah dibangunkan, pengkaji menjalankan analisis komponen utama (AKU) menggunakan pendekatan model pengukuran Rasch. Hasil daripada analisis AKU menunjukkan semua atribut JERI bagi pembangunan Kerangka Konsep MIH-ent telah memenuhi kriteria dengan nilai PTMEA CORR positif dan bersifat unidimensi. Daripada kajian ini, Kerangka Konsep MIH-ent yang telah berjaya dihasilkan serta dicadangkan menjadi panduan dan rujukan kepada tenaga pengajar KKB serta pihak berkaitan dalam usaha meningkatkan keinginan keusahawanan pelajar dan secara langsung dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 09 Sep 2021 06:00
Last Modified: 09 Sep 2021 06:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/925

Actions (login required)

View Item View Item