Ciri-ciri yang mempengaruhi pelatih aliran kemahiran untuk menjadi seorang usahawan: satu tinjauan di Institut Kemahiran Mara Lumut, Manjung Perak

Ismail, Siti Azliya (2003) Ciri-ciri yang mempengaruhi pelatih aliran kemahiran untuk menjadi seorang usahawan: satu tinjauan di Institut Kemahiran Mara Lumut, Manjung Perak. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1671Kb

Abstract

Kajian ini berjudul "Ciri-ciri yang Mempengaruhi Pelatih Aliran Kemahiran Untuk Menjadi Seorang Usahawan : Satu Tinjauan di Institut Kemahiran Mara Lumut, Manjung Perak. Tujuan kajian ini ialah untuk menilai sejauhmana tahap ciriciri usahawan di kaiangan pelatih IKM untuk menjadi seorang usahawan daripada lima aspek ciri-ciri usahawan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran merancang dan mentadbir, bermotivasi dan ilmu dalam bidang keusahawanan. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen yang digunakan di dalam kajian adalah borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelatih semester akhir kursus Kejuruteraan Awam (Bangunan). Data-data kajian dianalisa dengan menggunakan program SPSS Versi 11.0 for windows dan dianalisis daripada soal selidik ke dalam bentuk min dan frekuensi. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa pelatih-pelatih mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi berdasarkan skor min keseluruhan (skor min = 4.06). Akhir sekali, pengkaji mencadangkan agar diwujudkan satu senarai semak yang boleh digunakan sebagai kriteria untuk menilai sama ada terdapat ciri-ciri usahawan di kaiangan pelatih dan dicadangkan supaya kajian ini dilanjutkan ke seluruh Pusat Latihan Kemahiran yang lain di Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:930
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 10:03
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page