Pengaruh agen kimia berbeza terhadap penguraian terma dan pembentukan fasa bahan La0.6Sr0.4CoO3- δ yang disediakan melalui kaedah Sol-Gel

Abdul Samat, Abdullah and Somalu, Mahendra Rao and Muchtar, Andanastuti and Abd. Rahman, Hamimah and Osman, Nafisah (2020) Pengaruh agen kimia berbeza terhadap penguraian terma dan pembentukan fasa bahan La0.6Sr0.4CoO3- δ yang disediakan melalui kaedah Sol-Gel. Sains Malaysiana, 49 (12). pp. 3143-3154.

[img] Text
J11925_9aa3f91072907e792d97397b77b583a8.pdf
Restricted to Registered users only

Download (959kB) | Request a copy

Abstract

Sifat penguraian terma dan pembentukan fasa bahan lantanum strontium kobalt oksida, La0.6Sr0.4CoO3-δ (LSC) yang disediakan melalui kaedah sol-gel berbantu agen kimia berbeza, iaitu agen serakan, agen pempolimeran dan agen permukaan aktif atau surfaktan telah dicirikan secara sistematik masing-masing melalui analisis termogravimetrik (TG) dan pembelauan sinar-X (XRD). Penguraian terma bahan organik dan bahan bukan organik yang tidak diperlukan dalam serbuk pelopor bahan LSC telah lengkap pada suhu kurang daripada 1000 °C bagi serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan agen serakan dan agen pempolimeran, dan suhu melebihi 1000 °C bagi serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan surfaktan. Sifat penguraian terma ini dipengaruhi oleh suhu pengeringan serbuk pelopor tersebut dan berat molekul agen kimia. Pembentukan fasa tunggal perovskit LSC telah disahkan dalam serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan agen serakan, iaitu karbon teraktif dan agen pempolimeran, iaitu etilena glikol selepas serbuk pelopor tersebut dikalsin pada suhu 900 °C. Sebaliknya, fasa tunggal perovskit LSC tidak terbentuk secara lengkap dalam serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan surfaktan (polietilena glikol, Triton-X-100, Brij-97 dan Tween-80) walaupun selepas serbuk pelopor tersebut telah dikalsin pada suhu yang lebih tinggi iaitu 1100 °C. Kepekatan surfaktan, nisbah molar surfaktan kepada logam kation dan nilai pH larutan bahan pelopor yang tidak sesuai telah menyumbang kepada keputusan tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Agen kimia; pembentukan fasa; penguraian terma; sel fuel oksida pepejal; sol-gel.
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 17 Oct 2021 07:12
Last Modified: 17 Oct 2021 07:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/931

Actions (login required)

View Item View Item