Keberkesanan kurikulum Kejuruteraan Awam berkaitan alam sekitar dalam pembentukan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar:kajian kes di Politeknik Ungku Omar

Jufri, Nor Wariza (2004) Keberkesanan kurikulum Kejuruteraan Awam berkaitan alam sekitar dalam pembentukan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar:kajian kes di Politeknik Ungku Omar. Masters thesis, Kolej Univcrsiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
5Mb

Abstract

Kebelakangan ini pembangunan di negara kita semakin giat dijalankan tetapi masyarakat sekeliling dibebani dengan masalah alam sekitar. Masalah seperti pencemaran haruslah ditangani segera supaya tidak berlarutan dan berada di tahap kritikal. Walaupun banyak pendedahan yang berkaitan dengan alam sekitar diberikan. namun masalah ini seperti tiada jalan penyelesaian. Lantaran itu timbul persoalan. mampukah kurikulum sedia ada memupuk dan menerapkan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan terhadap keberkesanan kurikulum mata pelajaran yang berkaitan dengan alam sekitar yang disampaikan kepada pelajar. Responden kajian ini terdiri daripada dua orang pensyarah dan 37 orang pelajar di Politeknik Ungku Omar yang mengambil bahagian dalam mata pelajaran tersebut. Rekabentuk kajian secara gabungan kuantitatif dan kualitatif digunakan dan instrumen yang digunakan ialah borang soal-selidik. temu bual dan juga pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran dan kefahaman di kalangan pelajar adalah baik dan kurikulum Kejuruteraan Awam yang berkaitan dengan alam sekitar berkesan dalam memberikan kesedaran kepada pam pelajar di politeknik tersebut. Di akhir kajian. beberapa cadangan dapat dibcntuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam mata pclajaran 31am sekitar bagi mewujudkan kesedaran di kalangan pclajar tentang pentingnya alam sekitar dipelihara.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
ID Code:934
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 10:07
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page