Kajian tahap masalah dalam pencarian maklumat : satu tinjauan di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dan pembinaan laman web INCAMPNET

Abu Zakaria, Nik Reduan (2002) Kajian tahap masalah dalam pencarian maklumat : satu tinjauan di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dan pembinaan laman web INCAMPNET. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
2055Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan masalah dalam pencarian maklumat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap masalah dalam pencarian maklumat yang dihadapi oleh pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pembelajaran. Salah satu objektif utama ialah untuk membina satu produk yang mampu memberi manfaat kepada pelajar sarjana pendidikan teknik vokasional dalam mencari maklumat. Selain itu, penyelidikan ini juga tertumpu kepada beberapa aspek kajian seperti masalah kemahiran, masalah sumber, masalah kos dan masalah kemudahan yang disediakan. Dalam kajian ini, soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional dan temubual dengan lima orang pensyarah yang mempunyai latarbelakang dalam pembangunan sistem maklumat. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan membuat pengiraan kekerapan, peratusan, dan skor min. Keputusan kajian menunjukkan tahap masalah dalam pencarian maklumat di kalangan pelajar saijana pendidikan teknik dan vokasional adalah tinggi dan pembinaan produk laman web INCAMPNET sesuai dalam mengatasi masalah pencarian maklumat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
ID Code:938
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:19 Apr 2011 10:15
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page