Kebolehgunaan cd pembelajaran berbantu komputer bagi matapelajaran kejuruteraan bekalan air dan air sisa di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Abdullah , Nurhidayah Seetha (2003) Kebolehgunaan cd pembelajaran berbantu komputer bagi matapelajaran kejuruteraan bekalan air dan air sisa di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1377Kb

Abstract

Terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat. Bidang pendidikan juga telah mengalami pelbagai perubahan dan keperluan untuk mempelbagaikan keadah pembelajaran adalah satu tugas yang perlu bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar untuk menguasai sesuatu matapelajaran yang dipelajarinya. Untuk memenuhi tujuan ini, pengkaji telah menghasilkan sebuah CD Pembelajaran Berbantu Komputer untuk pelajar Diploma Kejuruteraan Awam. Tujuan sebenar CD Pembelajaran ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam matapelajaran Kejuruteraan Bekalan Air Dan Air Sisa kerana matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran teras dalam bidang Kejuruteraan Awam. CD Pembelajaran yang dihasilkan mengandungi ciri-ciri multimedia seperti papan berita, audio, teks, animasi dan video.Responden bagi kajian ini adalah 30 pelajar semester 6 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan data analisis telah dibuat berdasarkan borang soal selidik. Kajian ini telah dilakukan dengan mengedarkan pototaip produk dan borang soal selidik untuk menguji kebolehgunaan CD Pembelajaran yang dihasilkan. Secara keseluruhannya dari hasil kajian, menunjukkan para pelajar memberi maklumbalas yang positif terhadap CD Pembelajaran ini. Hasil daripada kajian ini, kebanyakan pelajar menerima bahawa CD Pembelajaran Berbantu Komputer ini menjadi salah satu kaedall pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam matapelajaran tersebut. Secara keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa produk yang dihasilkan memang boleh diterima pakai sebagai bahan bantuan pembelajaran di kalangan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:942
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 12:10
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page