Keusahawanan sebagai kerjaya:hubungan faktor-faktor pendorong terhadap minat dan kecenderungan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik se Malaysia

Wan Mohamed, Wan Noor Elyana (2002) Keusahawanan sebagai kerjaya:hubungan faktor-faktor pendorong terhadap minat dan kecenderungan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik se Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Flussein.

[img]
Preview
PDF
1680Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana pendidikan keusahawanan mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya. Hubungan ciri-ciri pra-keusahawanan. persekitaran dan latar belakang keluarga terhadap minat dan kecenderungan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya juga turut diambilkira. Responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik se Malaysia. Seramai 113 orang responden terlibat dalam kajian ini. Bagi tujuan meiigumpul data, soal selidik berdasarkan skala Likert telah digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan pensian SPSS versi 10.0. Dapatan kajian dianalisis melalui ujian min. sisihan piawai dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa akademik iaitu pendidikan keusahawanan kurang mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya berbanding ciri pra-keusahawanan dan persekitaran. Walau bagaimanapun, latar belakang keluarga memberikan pengaruh vang paling lemah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:948
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 10:23
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page