Kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTHM

Md Zain, Mohamad Naaim (2008) Kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MOHAMAD NAAIM MD ZAIN.pdf

Download (776kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMAD NAAIM MD ZAIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (281kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMAD NAAIM MD ZAIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Pada masa kini terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran sama ada gaya pembelajaran tersebut berpusatkan kepada pensyarah atau pelajar itu sendiri. Kurangnya kefahaman pelajar dengan gaya pembelajaran yang diterapkan akan memberi faedah yang tidak sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat kecenderungan pembelajaran teknikal melalui pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal diambil sebagai sampel kajian. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan tidak rawak. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 yang melibatkan min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman dan kecenderungan pelajar berkaitan pembelajaran koperatif adalah berada pada tahap tinggi. Kecenderungan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam pembelajaran koperatif juga berada pada tahap tinggi. Daripada elemen-elemen yang dikaji, pelajar lebih cenderung terhadap elemen interaksi secara bersemuka. Kesimpulannya, pelajar cenderung untuk mempraktikkan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses pembelajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Jul 2023 08:14
Last Modified: 30 Jul 2023 08:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9487

Actions (login required)

View Item View Item