Kesan pengetahuan dan kemahiran pengajaran berasaskan web terhadap persepsi kualiti pengajaran di kalangan pensyarah.

Ismail, Erina (2001) Kesan pengetahuan dan kemahiran pengajaran berasaskan web terhadap persepsi kualiti pengajaran di kalangan pensyarah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
903Kb

Abstract

Pendidikan kini mengalami perubahan yang mendadak sekaligus berupaya membentuk masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, para pendidik khususnya di peringkat pendidikan tinggi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada faktor pengetahuan dan kemahiran mengenai web akan mempengaruhi persepsi tentang kualiti Pengajaran Berasaskan Web di kalangan pensyarah di JPTV, KUiTTHO. Populasi kajian terdiri daripada 30 orang pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan taburan frekuensi, min, ujian-t dan ujian korelasi Spearman Rho. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan serta kemahiran tentang web para pensyarah di Jabatan tersebut masih rendah. Namun begitu, para pensyarah berkeyakinan untuk menggunakan web sebagai medium pengajaran berdasarkan kebaikan-kebaikan web yang diubahsuai untuk menepati persoalan keyakinan pensyarah terhadap web. Seterusnya, dapatan kajian juga menperolehi keputusan yang positif terhadap persepsi kualiti pengajaran yang timbul jika web digunakan sebagai medium pengajaran. Dapatan kepada persoalan kajian yang terakhir merumuskan bahawa jika terdapat hubungkait di antara pengetahuan dan persepsi pensyarah mengenai kualiti pengajaran yang timbul manakala tiada hubungkait di antara kemahiran dan kualiti pengajaran yang timbul akibat penggunaan web sebagai medium pengajaran. Oleh itu, dicadangkan agar pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional serta individu pensyarah yang terlibat agar lebih proaktif dalam menyediakan latihan dan pembangunan staf serta pengaksesan kepada teknologi yang berasaskan komputer dan internet yang lebih baik untuk menangani cabaran era pendidikan siber pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:949
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 12:12
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page