Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran kendiri AutoCAD 2D isometrik

Abdul Wahab, Roswady (2003) Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran kendiri AutoCAD 2D isometrik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ROSWADY ABDUL WAHAB.pdf

Download (710kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ROSWADY ABDUL WAHAB COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (346kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROSWADY ABDUL WAHAB WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk membina dan menguji Modul Pembelajaran Kendiri AutoCAD 2D Isometrik. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan modul yang mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk proses pembelajaran kendiri. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai modul dari aspek mesra pengguna dan juga untuk menentukan kebolehlaksanaan modul yang dihasilkan dalam proses pembelajaran. Responden dalam kajian ini seramai 57 orang pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) tahun akhir di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan. Instrumen dalam kajian ini ialah modul itu sendiri dan borang soal selidik. Hasil dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul seperti ini perlu dihasilkan untuk membantu di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min sebanyak 3.08. Modul yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri mesra pengguna yang sangat memuaskan iaitu skor min 3.18 dan modul ini juga mempunyai kebolehlaksanaan yang sangat memuaskan di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min sebanyak 3.08. Kajian yang dijalankan juga didapati telah mencapai keseluruhan objektif yang ingin dikaji terhadap modul pembelajaran kendiri yang dihasilkan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:43
Last Modified: 02 Aug 2023 03:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9514

Actions (login required)

View Item View Item