Hubungan antara amalan kepimpinan distributif dan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pemimpin Sekolah di Negeri Johor

Syed Abdullah, Syed Syahrul Zarizi (2020) Hubungan antara amalan kepimpinan distributif dan amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pemimpin Sekolah di Negeri Johor. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p SYED SYAHRUL ZARIZI SYED ABDULLAH.pdf

Download (10MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SYED SYAHRUL ZARIZI SYED ABDULLAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (11MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SYED SYAHRUL ZARIZI SYED ABDULLAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB) | Request a copy

Abstract

Kepimpinan distributif adalah teori kepimpinan yang popular terutamanya dalam kalangan pemimpin sekolah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan distributif dan amalan komuniti pembelajaran professional dalam kalangan pemimpin sekolah menengah di negeri Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk korelasi dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Bagi fasa kuantitatif, seramai 358 orang pemimpin sekolah dipilih menggunakan persampelan rawak berkelompok daripada sekolah menengah di negeri Johor. Negeri Johor dipilih kerana jumlah kajian berkaitan amalan kepimpinan distributif yang melibatkan semua pemimpin sekolah adalah terhad. Data dikumpul menggunakan dua instrumen soal selidik iaitu “Perception of Distributed Leadership Practices” oleh Hairon dan Goh (2015) dan “Professional Learning Communities Assessment – Revised” oleh Olivier et al. (2010) yang telah diadaptasi daripada bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan ujian korelasi, ujian�T dan ujian regresi berganda menggunakan perisian SPSS Statistik Versi 25. Bagi fasa kualitatif, lapan orang pemimpin sekolah dipilih dalam kalangan pemimpin sekolah menengah di negeri Johor menggunakan kaedah pemilihan peserta bertujuan. Data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dan analisis dokumen, seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 12. Hasil ujian korelasi menunjukkan, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan distributif dan amalan komuniti pembelajaran professional. Hasil ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan distributif pemimpin sekolah dari segi jantina dan lokasi sekolah. Hasil ujian regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan di antara setiap amalan komuniti pembelajaran professional terhadap amalan kepimpinan distributif. Hasil temubual dan analisis dokumen mendapati pemimpin sekolah menengah di negeri Johor mengamalkan budaya sekolah selain penurunan kuasa terhad, membangunkan kepimpinan, membuat keputusan bersama dan penglibatan secara kolektif di dalam komuniti pembelajaran professional.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 09 Sep 2021 06:58
Last Modified: 09 Sep 2021 06:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/955

Actions (login required)

View Item View Item