Pengetahuan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru teknik dan vokasional

Chew, Bee Gek (2017) Pengetahuan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru teknik dan vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
904Kb

Abstract

Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Guru sebagai pelaksana kurikulum memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Namun begitu, penguasaan KBAT masih berada pada tahap yang lemah. Lantaran itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan persepsi guru teknik dan vokasional terhadap pengetahuan dan pengaplikasian KBAT daripada aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 130 orang guru teknik dan vokasional di daerah Muar. Instrumen soal selidik daripada kajian lepas diambil dan diubahsuaikan mengikut keperluan kajian penyelidik. Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah statistik deskriptif iaitu min dan statistik inferensi melalui korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan dan pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terhadap pengetahuan dan pengaplikasian KBAT daripada aspek kurikulum, pedagogi dan pentaksiran adalah tinggi. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang positif kuat dan signifikan antara pengetahuan dan pengaplikasian KBAT dalam kalangan guru (r=.642, p<.01). Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu guru, pihak sekolah dan kementerian pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan kejayaan pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan. Sokongan dan perkembangan profesional yang berterusan daripada semua pihak adalah amat diperlukan. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan KBAT dan mengamalkan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
ID Code:9574
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:04 Dec 2017 11:45
Last Modified:04 Dec 2017 11:45

Repository Staff Only: item control page