Kompetensi guru reka cipta dalam bidang elektrik di sekolah menengah harian di Johor

Mohamad Hamim, Mohd Akmal Firdaus (2017) Kompetensi guru reka cipta dalam bidang elektrik di sekolah menengah harian di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1230Kb

Abstract

Kompetensi merupakan gabungan daripada elemen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dimiliki dan dilaksanakan semampu mungkin sesuatu tugasan dan tanggungjawab. Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat direalisasikan jika guru itu kompeten dalam bidang profesion perguruan yang diceburi. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bidang elektrik dalam mata pelajaran Reka Cipta. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Soal selidik yang dijalankan mempunyai tahap ketekalan standard sebanyak 0.963. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Cipta di seluruh Johor iaitu 86 orang guru daripada 43 buah sekolah. Sampel pula diambil 56 orang guru, manakala baki 30 orang untuk kajian rintis. Hasil analisis yang menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (min purata=4.11) dan kemahiran guru (min purata=4.12) adalah tinggi. Begitu juga dengan sikap guru yang sangat positif (min purata=4.53) berkenaan bidang elektrik dalam mata pelajaran Reka Cipta. Seterusnya hasil analisis Ujian t digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan guru perempuan dari segi tahap pengetahuan (p=0.013) dan juga tahap kemahiran (p=0.000). Namun, dari segi sikap guru terhadap bidang elektrik, tiada perbezaan yang signifikan (p=0.491) di antara guru lelaki dan guru perempuan. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu guru-guru meningkatkan kualiti pengajaran apabila pihak sekolah memainkan peranan dengan menghantar guru-guru yang memerlukan menyertai kursus dan bengkel serta peranan pihak kementerian untuk menjelaskan hala tuju bidang teknikal dalam transformasi pendidikan teknik dan vokasional yang sedang kita tempuhi kini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:9576
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:04 Dec 2017 11:44
Last Modified:04 Dec 2017 11:44

Repository Staff Only: item control page