Implikasi Google Apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pesisir UTHM

Doman, Noriyani (2017) Implikasi Google Apps dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar pesisir UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
297Kb

Abstract

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan terhadap sistem pengajaran terutama dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemajuan dalam aplikasi teknologi seperti google apps telah banyak memberi impak positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat. Namun begitu, pelajar tidak mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu suasana pembelajaran baru yang berasaskan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap motivasi terhadap penggunaan google apps, tahap literasi komputer dan hubungan antara tahap motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar pesisir UTHM. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis melalui skor min bagi menentukan tahap motivasi dan tahap literasi pelajar serta menggunakan analisis pearson untuk menentukan hubungan antara tahap motivasi terhadap tahap literasi komputer pelajar menggunakan Statistical Packages for the Social Science Version 23.0 For Windows (SPSS). Dapatan kajian ini menjelaskan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan google apps dan tahap literasi komputer pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan google drive dan google powerpoint terhadap tahap literasi komputer pelajar. Namun begitu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dalam penggunaan google form dan google spreadsheet terhadap tahap literasi komputer pelajar. Implikasi terhadap kajian ini adalah dapat mengenal pasti tahap motivasi dan tahap literasi komputer pelajar bagi menentukan strategi pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P. Secara umumnya, kajian ini mempertimbangkan penggunaan google apps dalam membantu proses P&P bagi meningkatkan motivasi pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:aplikasi google; motivasi; literasi komputer
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
ID Code:9578
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:04 Dec 2017 11:43
Last Modified:04 Dec 2017 11:43

Repository Staff Only: item control page