Domain hasil pembelajaran berasaskan kerja (PBK) dalam latihan industri terhadap pelajar politeknik berdasarkan persepsi pembimbing

Amran, Nur’izzati Aqirah (2017) Domain hasil pembelajaran berasaskan kerja (PBK) dalam latihan industri terhadap pelajar politeknik berdasarkan persepsi pembimbing. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
685Kb

Abstract

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah berusaha memperkenalkan satu sistem pendidikan yang baru di Politeknik bagi memastikan sistem pendidikan negara mencapai tahap yang membanggakan. Sistem pendidikan yang baru sahaja diperkenalkan adalah dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). Pembelajaran ini bertujuan menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi kelak apabila memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap hasil PBK dan domain hasil PBK yang dominan terhadap pelajar politeknik bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif secara deskriptif yang melibatkan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 52 orang pembimbing industri Syarikat Advance Pact Sdn. Bhd yang menguruskan mesin elektronik perubatan di hospital kerajaan sekitar Johor. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai untuk melihat tahap hasil PBK dan juga domain hasil PBK yang dominan terhadap pelajar politeknik. Analisis secara inferensi menggunakan ujian-t bebas untuk menentukan domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing. Keputusan kajian mendapati tahap hasil PBK berada pada tahap tinggi dan domain hasil PBK yang dominan adalah domain profesionalisme. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara domain hasil PBK berdasarkan jantina pembimbing kecuali domain pengetahuan berdasarkan jantina pembimbing. Secara keseluruhannya, pelajar politeknik bidang Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) perlu mempunyai domain hasil PBK yang selari dengan program yang diikuti ketika di politeknik agar menjadi pekerja pilihan majikan ketika di industri.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:9579
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:04 Dec 2017 11:42
Last Modified:04 Dec 2017 11:42

Repository Staff Only: item control page