Keberkesanan penggunaan modul KUSMAPP dalam meningkatkan pencapaian matematik

A Rahman, Nurhimmah (2017) Keberkesanan penggunaan modul KUSMAPP dalam meningkatkan pencapaian matematik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
733Kb

Abstract

Kurikulum matematik sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan modul KUSMAPP dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik di dalam topic Teorem Phytagoras. Kajian ini menggunakan modul Kemahiran Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (KUSMAPP) melibatkan bidang geometri ini di bawah tajuk teorem phytagoras’ ini diharap dapat membina tahap keyakinan melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan dua SMK Dato’ Syed Esa. Pelajar tingkatan dua dipilih kerana silibus teorem phytagoras’ dipelajari semasa tingkatan dua. Seramai 30 orang responden yang terlibat. Kaedah analisis kajian ialah adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan boring soal selidik, modul KUSMAPP dan ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pos). Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapatkan nilai min, ujian-t dan pearson. Dapatan kajian didapati penggunaan modul KUSMAPP tidak berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik. Namun begitu tiada perbezaan antara kaedah mengajar menggunakan modul KUSMAPP berbanding pengajaran tradisional (“chalk and talk”). Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan untuk penyelidikan lanjutan bagi menjayakan penggunaan modul KUSMAPP juga ada diutarakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
ID Code:9580
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:04 Dec 2017 11:41
Last Modified:04 Dec 2017 11:41

Repository Staff Only: item control page