Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi

Mohd Suhaimi, Nurul Syahada (2017) Standard guru Malaysia dalam program persediaan guru reka bentuk dan teknologi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1002Kb

Abstract

Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan garis panduan kompetensi profesional keguruan yang perlu dicapai oleh setiap guru di Malaysia. SGM mengandungi tiga standard iaitu Standard 1 amalan nilai profesionalisme keguruan, Standard 2 pengetahuan dan kefahaman, serta Standard 3 kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi bakal guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap tahap standard amalan nilai profesionalisme keguruan, tahap standard pengetahuan dan kefahaman serta tahap standard kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian juga bertujuan mengenalpasti perbezaan kompetensi antara guru lelaki dan perempuan terhadap tahap SGM. Kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal selidik berskala Likert lima telah diedarkan kepada 155 orang responden. Responden kajian ini melibatkan pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (JPTV) di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Institusi Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Software Package for Social Science (SPSS) version 22.0. Hasil analisis menunjukkan nilai skor min keseluruhan bagi persepsi bakal guru RBT terhadap tahap standard amalan nilai profesionalisme keguruan adalah pada interpretasi tinggi dengan nilai skor min keseluruhan 4.64. Seterusnya diikuti dengan skor min bagi persepsi bakal guru RBT terhadap tahap standard pengetahuan dan kefahaman serta tahap standard kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang kedua-duanya turut memperolehi interpretasi tinggi dengan nilai skor min keseluruhan 4.56 dan 4.60. Analisis tahap kompetensi bakal guru RBT berdasarkan kepada jantina pula menunjukkan tiada perbezaan persepsi antara lelaki dan perempuan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga standard di dalam SGM Standard 1 amalan nilai profesionalisme keguruan, Standard 2 pengetahuan dan kefahaman serta Standard 3 kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang perlu diterapkan dalam program latihan perguruan bagi menghasilkan guru RBT yang cemerlang dan kompeten.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
ID Code:9581
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:07 Dec 2017 12:04
Last Modified:07 Dec 2017 12:04

Repository Staff Only: item control page