Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile untuk pembelajaran bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur)

Khyar, Siti Nur Fahdziha (2017) Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile untuk pembelajaran bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1561Kb

Abstract

Kerangka adalah struktur asas bagi sistem, konsep, atau teks dan menjadi panduan kepada pembangunan sesuatu idea baru. Hari ini, terdapat banyak kerangka pembelajaran mudah alih untuk membantu pembelajaran tetapi masih belum ada lagi kerangka untuk elemen yang perlu diintegrasikan dalam pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif melibatkan 30 orang guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, mengenalpasti elemen yang membantu dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan mengenalpasti kerangka yang bersesuaian untuk bagi merekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Dapatan kajian menunjukkan elemen audio, grafik dan teks perlu diintegrasikan dan elemen audio membantu dalam kemahiran mendengar.Elemen teks membantu dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris selain elemen-elemen lain seperti boleh dimulakan dan ditamatkan dimana-mana bahagian dan bila-bila masa, mudah digunakan tanpa bantuan orang lain, hyperlinks dan navigasi berfungsi dengan baik, sumber lain untuk maklumat yang berkaitan ada disediakan, direktori dan butang bantuan ada disediakan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh perekabentuk pakej pembelajaran mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran mobile Bahasa Inggeris, pengkaji dalam bidang pakej pembelajaran mobile dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sumbangan kajian ini adalah dari aspek kerangka yang dihasilkan, dapatan kajian dan instrumen soal selidik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
ID Code:9582
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:07 Dec 2017 12:03
Last Modified:07 Dec 2017 12:03

Repository Staff Only: item control page