Ke arah pembangunan e-modul pengajaran dan pembelajaran: satu tinjauan program latihan perisian blackboards terhadap pensyarah KUiTTHO

Ahmad, Rosida (2002) Ke arah pembangunan e-modul pengajaran dan pembelajaran: satu tinjauan program latihan perisian blackboards terhadap pensyarah KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1373Kb

Abstract

Kajian ini bertajuk 'Ke Arah Pembangunan E-Modul Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan Latihan Perisian Blackboards Terhadap Pensyarah KUiTTHO '. Diantara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan dan kekangan latihan perisian Blackboards kepada pensyarah bagi membangunkan e-modul untuk semua matapelajaran selaras dengan perlaksanaan e-learning KUiTTHO pada masa hadapan. Kajian ini menggunakan dua jenis sumber data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi menerusi borang soal selidik yang diedarkan kepada responden sementara data sekunder adalah data yang diperolehi seperti melalui pembacaan jurnal, kertas kajian seminar atau artikel yang diperolehi melalui internet. Sampel kajian terdiri daripada pensyarah yang pernah mengikuti latihan perisian dan fasilitator latihan tersebut. Data dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 10. Hasil kajian mendapati bahawa latihan perisian Blackboards adalah perlu diikuti oleh setiap pensyarah. Latihan ini amat memberi manfaat kepada pensyarah kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka tetapi ia juga mendedahkan diri mereka kepada perkembangan teknologi yang boleh diaplikasikan di dalam usaha meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran di KUiTTHO. Hasil kajian menunjukkan terdapat halangan yang jika tidak di atasi akan menggagalkan usaha seterusnya perlaksanaan e-learning dan pembangunan e-modul keseluruhannya. Kekurangan kemudahan makmal komputer dan ketiadaan kursus dalam aspek rekabentuk pembelajaran yang bercorak interaktif merupakan faktor penting hasil dapatan kajian. Di antara cadangan hasil daripada dapatan kajian adalah pihak KUiTTHO perlu menambah peruntukan bagi menyediakan infrastruktur bagi kemudahan makmal komputer yang lengkap dan bersesuaian dengan konsep e-learning.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:960
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 15:16
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page