Penghasilan perisian modul pembelajaran kendiri bagi proses mereka bentuk pangkalan data untuk mata pelajaran pengurusan pangkalan data di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Mohd Hanapi, Norhazlinda (2003) Penghasilan perisian modul pembelajaran kendiri bagi proses mereka bentuk pangkalan data untuk mata pelajaran pengurusan pangkalan data di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NORHAZLINDA MOHD HANAPI.pdf

Download (12MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NORHAZLINDA MOHD HANAPI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORHAZLINDA MOHD HANAPI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (62MB) | Request a copy

Abstract

Perisian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Proses Mereka Bentuk Pangkalan Data merupakan satu perisian pengarangan yang direka bentuk untuk pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat bagi mengetahui dan memahami proses mereka bentuk sebuah Pangkalan Data. Perisian modul ini dihasilkan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran Pengurusan Pangkalan Data bagi pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti grafik, wama, teks, audio, video mampu mempersembahkan isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih menarik. Penghasilan Perisian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Proses Mereka Bentuk Pangkalan Data melibatkan kajian tentang kesesuaian isi kandungan, persembahan pengajaran yang digunakan, strategi pengajaran dan penerapan ciri-ciri motivasi yang terdapat dalam perisian ini. Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn semester tiga dipilih untuk menilai perisian yang dibangunkan dengan mengedarkan soal selidik beserta perisian modul yang telah dibangunkan. Hasil dapatan kajian kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 11.0 untuk mencari nilai skor min, sisihan piawai dan peratus. Secara keseluruhannya, hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa keempat-empat aspek yang dikaji adalah memenuhi keperluan pengguna

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:09
Last Modified: 16 Aug 2023 07:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9628

Actions (login required)

View Item View Item