Penghasilan dan penilaian modul pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran teknologi bangunan dan bahan Nurfirdawati Muhamad Hanafi

Muhamad Hanafi, Nurfirdawati (2002) Penghasilan dan penilaian modul pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran teknologi bangunan dan bahan Nurfirdawati Muhamad Hanafi. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NURFIRDAWATI MUHAMAD HANAFI.pdf

Download (4MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NURFIRDAWATI MUHAMAD HANAFI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (396kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURFIRDAWATI MUHAMAD HANAFI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (136MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan penggunaan Modul Pengajaran Berbantukan Komputer (MPBK) dalam mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penilaian pensyarah dan pelajar terhadap MPBK yang dihasilkan dan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan percubaan iaitu pelajar yang menggunakan MPBK dengan kumpulan terkawal iaitu pelajar yang melalui kaedah pembelajaran tradisional. Ia juga bertujuan untuk melihat sama ada MPBK yang dihasilkan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian pelajar. Responden terdiri daripada 5 orang pensyarah mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan dan 56 orang pelajar Diploma Ukur Bahan semester 2 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Dapatan data diperolehi dengan mengedarkan borang penilaian MPBK dan menjalankan ujian formatif ke atas pelajar. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif iaitu skor min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t dan kolerasi pearson. Hasil kajian menunjukkan pelajar dan pensyarah memberikan penilaian positif terhadap pendekatan MPBK. Didapati juga, pelajar kumpulan percubaan memperlihatkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar kumpulan terkawal dalam ujian formatif yang dijalankan. Daripada kajian juga didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara MPBK dengan tahap pencapaian pelajar. Ini menunjukkan bahawa MPBK yang baik dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Dengan ini MPBK yang dihasilkan berpotensi diketengahkan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:09
Last Modified: 16 Aug 2023 07:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9631

Actions (login required)

View Item View Item