Pembangunan bahan pengajaran : modul pengajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran elektrik di politeknik

Goel, Petrus Julini (2003) Pembangunan bahan pengajaran : modul pengajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran elektrik di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p PETRUS JULINI ANAK GOEL.pdf

Download (704kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
PETRUS JULINI ANAK GOEL COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (305kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
PETRUS JULINI ANAK GOEL WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (29MB) | Request a copy

Abstract

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu keperluan bagi pensyarah semasa pengajaran. Perubahan teknologi semasa telah membawa perubahan pada kaedah serta corak ABBM yang digunakan. ABBM mampu merangkumi isi-isi pengajaran dengan padat, ringkas dan menarik perhatian pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji telah membangunkan satu bahan pengajaran (ABBM) berapa Modul Pengajaran Berbantu Komputer (MPBK) bagi mata pelajaran Teknologi Elektrik I (El 063). Kajian dilakukan bertujuan untuk menilai sama ada MPBK menepati sukatan pelajaran, menepati syarat reka bentuk pengajaran dan memotivasikan pelajar yang berlainan latar belakang. Pensyarah bagi mata pelajaran E1063 dari Politeknik Kuching Sarawak (POLIKU) dipilih untuk menilai dan menentu sahkan MPBK. Sebanyak 50 orang pelajar semester pertama daripada kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal di POLIKU dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan terdiri daripada MPBK yang dibangunkan, borang senarai semak dan borang soal selidik. Data-data deskriptif daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengkaji telah beijaya membangunkan MPBK yang menepati sukatan pelajaran E1063 serta syarat reka bentuk pengajaran. MPBK juga didapati memotivasikan pelajar yang berlainan latar belakang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, namun begitu analisis data menunjukkan kaedah pengajaran secara tradisional masih diperlukan. Bantuan pensyarah masih diperlukan dalam proses pengajaran walaupun ABBM seperti MPBK digunakan dalam pengajaran. Ini bukan menunjukkan satu kelemahan tetapi hakikat bahawa ABBM merupakan alat penyokong atau pelengkap kepada sistem pengajaran dan pembelajaran

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:09
Last Modified: 16 Aug 2023 07:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9632

Actions (login required)

View Item View Item