Konsep terapi Nabi SAW sebagai alternatif dalam menangani penyakit fizikal dan spiritual

Ismail, Faisal Husen and Kirin, Arwansyah and Borham, Abd Shakor and Misbah, Muhammad and Abdul Rahim, Mohd Hisyam and Masruri, Muhammad (2021) Konsep terapi Nabi SAW sebagai alternatif dalam menangani penyakit fizikal dan spiritual. Al-Hikmah International Journal of Islamic Studies and Human Sciences, 4 (1).

[img] Text
J11971_b2736faf00bbc1b5d1ffe38d4d27e6f3.pdf
Restricted to Registered users only

Download (429kB) | Request a copy

Abstract

Berubat daripada segala penyakit samaada fizikal ataupun spiritu-al merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh Islam. Ia merangkumi pelbagai rawatan menggunakan ubat-ubatan, tanaman herba serta rawa-tan menggunakan doa daripada al-Quran dan al-Sunnah. Namun dalam kehidupan harian, masih ramai yang belum mengenal perubatan yang telah diasaskan Nabi SAW. Kertas kerja ini bertujuan bagi menjelaskan kaedah Rasulullah SAW dalam menangani pesakit. Analisis konten merupakan fokus utama kajian ini. Ianya berkenaan kaedah terapi yang digunakan Rasulullah SAW dalam menangani penyakit. Kaedah pengubatan Rasulullah SAW ini merupakan terapi alamiah menggunakan herba atau bahan semula jadi dan terapi spiritual. Penggunaan doa-doa daripada al-Quran serta ijtihad Baginda SAW merupakan antara asas da-lam rawatan selain penggunaan bahan-bahan yang halal dan tidak terkeluar daripada prinsip syariat. Terapi Nabi juga dilakukan dengan konsep berikhtiar dan bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan serta menjaga lima perkara asas syariat Islam. Rawatan Islam merupakan antara media dakwah yang sangat memberi kesan baik kepada pesakit dan keluarga pesakit. Konsep terapi Nabi SAW ini diharapkan sebagai antara panduan asas bagi setiap orang Islam dalam menangani penyakit fizikal dan spiritual serta boleh membantu masyarakat yang tertimpa musibah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: terapi; kaedah; al-Quran; Nabi SAW; syariat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 17 Oct 2021 07:14
Last Modified: 17 Oct 2021 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/964

Actions (login required)

View Item View Item